http://moonshadowthemusical.com.au/_dev/

Jumaat, 19 Jun 2009

Yusuf Islam

Yusuf Islam akhirnya dibenarkan ke Amerika Syarikat dan menyanyi lagu-lagu popnya seperti Peace Train, Wild World, dan Where Do the Children Play termasuk beberapa buah lagu dari album Roadsinger. Konsert kecil di hadapan penonton berjumlah 400 orang yang diundang khas itu berlangsung di El Rey Theatre, Los Angelas. Kali terakhir beliau menyanyi untuk sebuah konsert di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1976, setahun sebelum beliau memeluk Islam pada tahun 1977. Pada tahun 2006 beliau merakam semula album pop dengan judul An Other Cup.


Kemunculan Yusuf Islam di Amerika dipayahkan oleh tuduhan Jabatan Negara yang beliau mendanai kumpulan Islam seperti Hamas selain pernah menyanyi untuk beberapa siri konsert di Republik Islam Iran. Konsert Yusuf Islam juga kebetulan dianjurkan tatkala ada tuduhan kumpulan rock Coldplay menciplak salah sebuah lagu lama beliau berjudul Foreigner Suite sebagai lagu Viva La Vida.

Konsert beliau mendapat sambutan hangat di mana penonton ikut menyanyi sama lagu-lagu beliau, dan bertepuk tangan; selain memberikan penghormatan secara berdiri. Antara selebriti yang hadir termasuk Collin Farrel, dan penyanyi Josh Groban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[image]






[image]




To Be What You Must, You Must Give Up What You Are - YUSUF
[image]
You Must Be The Change You Want To See in The World - Mahatma Gandhi


Connect with Yusuf:
To Be What You Must, You Must Give Up What You Are - YUSUF
[image]
You Must Be The Change You Want To See in The World - Mahatma Gandhi